Home / Bola Sepak / Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik muncul juara Piala DYTM Raja Muda Selangor edisi ke-32

Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik muncul juara Piala DYTM Raja Muda Selangor edisi ke-32

Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik muncul juara kejohanan bola sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor (SKBA) Seksyen 6 setelah menundukkan Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2) dengan jaringan besar 5-0.

Peringkat suku akhir kejohanan edisi ke-32 telah berlangsung pada minggu lalu melibatkan lapan sekolah dari daerah Selangor.

SKBA beraksi mengakumkan membuka jaringan pertama pada minit ke-22 menerusi Fahmi Fairus.

Bersambung babak kedua Danial Zarfan Zainal menggandakan kedudukan pada minit ke-33.

Dia kemudian menambah gol ketiga pada minit ke-44 seterusnya melengkapkan hatrik pada minit ke-53.

Selesa dengan 4-0 SKBA terus mengasak lawan dan Fahmi melengkapkan kemenangan bergaya pasukannya dengan gol kelima pada masa tambahan.

Sebagai juara mereka membawa pulang RM4,000 berserta piala dan hadiah disampaikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.