Home / Bola Sepak / Sang Badak atasi Terengganu II FC di Likas

Sang Badak atasi Terengganu II FC di Likas


Gambar : Darren Liew l Sukan Malaysia

Kota Kinabalu, 16 February 2019 : Pasukan Sabah FA berjaya menewaskan Terengganu ll FC dalam perlawanan ketiga 100Plus Liga Premier 2019 di Stadium Likas Kota Kinabalu .


Gambar : Darren Liew l Sukan Malaysia

Terengganu ll FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada lewat separuh masa pertama melalui Mohammad Ramzi Sudian pada minit ke 39 .


Gambar : Darren Liew l Sukan Malaysia

Kebangkitan Sabah bermula di separuh masa kedua selepas Park Tae Su pemain pertahanan dari Korea menyamakan kedudukan hasil tandukan dari sepakan sudut pada minit ke 49 .


Gambar : Darren Liew l Sukan Malaysia

Jaringan tersebut sememangnya menghidupkan “enjin” pemain Sabah untuk mengandakan asakan ke kubu lawan , hasilnya Luka Milunovic dan Ricco Nigel Milus menambah jaringan goal pada minit ke 64 dan min ke 72 .