Home / Lain - Lain / Sandaran harapan buat Azizulhasni

Sandaran harapan buat Azizulhasni

Azizul Hasni Awang bergambar selepas memenangi pingat emas yang ke 111 untuk pasukan Malaysia. Gambar Khalid Redza / Team MAS

Azizulhasni Awang mungkin menjadi pelumba tunggal negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020 berikutan trio pecut negara berhadapan tugas sukar untuk melayakkan diri ke temasya tersebut.

Malaysia kini berada pada ranking ke-14 mata kelayakan dalam acara trio pecut dan hanya lapan pasukan terbaik layak beraksi di Tokyo.


TRIO berbasikal pecut negara dilihat masih belum menemui sentuhan sebenar apabila mereka sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 daripada 16 pasukan pada Kejuaraan Berbasikal Dunia 2019 di Pruszkow, Poland baru-baru ini.