Home / Bola Sepak / SAINGAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA DITANGGUHKAN BERIKUT PENGUATKUASAAN PKPB DI SELURUH NEGERI

SAINGAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA DITANGGUHKAN BERIKUT PENGUATKUASAAN PKPB DI SELURUH NEGERI

Tempias gelombang ketika penularan Covid-19 turut memberi kesan kepada sukan bola sepak.

Dalam perkembangan terbaharu Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penganjuran saingan Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan penjelasan permainan bola sepak membabitkan sentuhan dan ianya berbahaya kerana boleh merebak sekaligus mengancam nyawa pemain.

Selepas berakhir pusingan pertama hujung minggu lalu lapan pasukan sudah mengesahkan tiket ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu FC, UiTM FC dan Perak.

Mengikut jadual pertandingan aksi suku akhir sepatutnya berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini. Sabtu lalu Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan sehingga 6 Disember depan.

Perlaksaan PKPB menyebabkan larang merentas negeri dikuatkuasakan selain daripada aktiviti sosial seperti sukan adalah dilarang termasuk perlawanan bola sepak.

Secara positifnya Penangguhan saingan Piala Malaysia mampu memberi ruang buat pasukan yang telah pun layak ke suku akhir untuk memperkukuhkan lagi persiapan masing-masing atau masa pemulihan buat pemain-pemain yang cedera.