Home / Bola Sepak / SAAD ICHALELENE DILANTIK PENGARAH TEKNIKAL PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (PPBN)

SAAD ICHALELENE DILANTIK PENGARAH TEKNIKAL PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA (PPBN)

Bekas jurulatih pasukan bola sepak Paris St Germain (PSG) Saad Ichalelene dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bermula 1 Disember depan.

Lantikan itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang turut memaklumkan Saad akan bertanggungjawab sepenuhnya keatas program PPBN dan Akademik Mokhtar Dahari (AMD) yang sebelum ini diketuai oleh Lim Teong Kim.

Saad sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pencarian Bakat dan Metadologi Kejurulatihan PPBN pada tahun 2016 sehingga 2018 sebelum dilantik sebagai Pengarah Teknikal (PPBN) dan Pembangunan Negeri awal Februari lalu.

Dia memulakan kerjaya sebagai Ketua Jurulatih Akademik Pembangunan Remaja PSG pada 2012 sehingga 2016 selepas menamatkan tugas sebagai pemain professional bersama beberapa kelab eropah termasuk PSG.

Stuktur PPBN juga juga diperkemaskan dengan perlantikan beberapa jawatan utama untuk membantu Saad bagi memastikan kelancaran program tersebut pada tahun hadapan.

Abdifitaah Mohammed Hassan bertindak sebagai Ketua Metadologi Kejurulatihan dan peninjau bakat PPBN serta Aminuddin Hussin selaku Ketua Pembangunan Remaja.

Sementara itu Dennis Bekking bekas pengarah kelab Akademik Twenty FC di Belanda bertindak sebagai Pengarah AMD yang baru