Home / Bola Sepak / Red Giant yakin bangkit menentang JDT

Red Giant yakin bangkit menentang JDT

Foto : Zaid Ayid @ Sukan Malaysia

Pengendali Selangor, B.Satianathan yakin anak-anak buahnya bersedia menetang JDT pada aksi Liga Super pada jumaat ini.

Ini selepas skuad The Red Giant berjaya mengikat Pahang 1-1 di gelanggang lawan pada ahad lepas.

Jelas Satianathan, anak buahnya berjaya menampilkan prestasi memberangsangkan di bawah tekanan susulan aksi hambar yang ditunjukkan pada tiga perlawanan terdahulu.

Sementara itu ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh akui kegagalan mengekalkan rentak permainan merupakan punca anak buahnya sekadar seri 1-1 diikat Selangor.

Foto : Zaid Ayid @ Sukan Malaysia

Jelasnya skuad Tok Gajah berjaya bermain dengan baik diawal 15 minit pertama permainan sebelum kehilangan rentak dan membenarkan Selangor menyamakan kedudukan.