Home / Bola Sepak / RAZIP DILANTIK SELAKU KETUA UNIT BELIA FAM

RAZIP DILANTIK SELAKU KETUA UNIT BELIA FAM

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohd Razip Ismail menganggap diberikan tanggungjawab selaku Ketua Unit Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai satu penghargaan.

Beliau yang pernah membimbing skuad bawah umur negara jurulatih yang berusia 58 tahun itu sedia memanfaatkan segala pengalaman yang ada untuk terus meningkatkan kualiti pembangunan seiring dengan falsafah bola sepak F30 badan induk bola sepak negara.

Tugasnya satu tanggungjawab yang besar untuk terus menggilap program pembangunan pemain peringkat belia di negara ini.

Paling penting apa saja kaedah yang dirancang ianya mestilah seiringngan dan selari dengan matlamat DNA bola sepak kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).