Home / Bola Sepak / Rangkuman perlawanan tumpuan LS10 Liga Super Malaysia

Rangkuman perlawanan tumpuan LS10 Liga Super Malaysia

Pasukan Melaka meraih kemenangan pertama dalam empat perlawanan liga apabila menewaskan Kedah 1-0 di Stadium Hang Jebat.

Gol tunggal perlawanan akhirnya muncul menerusi tandukan pemain import, Casagrande hasil sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ke-49.

Walaupun pasukan tuan rumah mempunyai peluang untuk menggandakan jaringan keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.

“Pemain Melaka telah membuktikan yang ‘winning mentality’ dan ‘fighting spirit’ amat penting dalam bola sepak,” ujar ketua pasukan Melaka, Shukor Adan selepas tamat perlawanan.

Disamping itu, Jurulatih Kedah Aidil Sharin menyifatkan kegagalan Kedah disebabkan satu set piece oleh Melaka yang terus menghukum pasukannya.

Sementara itu dalam satu lagi perlawanan, Selangor berjaya mengekang kemaraan PNKP FC yang berlangsung di Stadium Shah Alam berkesudahan Selangor menang dengan jaringan 2-1.


Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Gol-gol Selangor dijaringkan menerusi sepakan penalti Sandro Da Silva Mendoca (min 14) dan Syahmi Safari (min 77). PKNP merapatkan jurang menerusi Mohamad Fazrul Hazli (min 87).


Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Sebelum itu, Pasukan Perak kecundang di laman sendiri apabila pasukan Pahang menewaskan mereka 0-1 di Stadium Ipoh malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad Tok Gajah terus mengejar Johor Darul Ta’zim di tangga Liga.

Skuad The Bos Gaurus bermula garang dengan pelbagai asakan namun tidak berjaya menemui penyudah.

Pahang memperolehi gol kemenangan menerusi Herold Goulon pada minit ke-56.

Di Cheras, Kuala Lumpur mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super selepas menewaskan PJ City FC.

Pasukan tuan rumah mendahului gol pendahuluan pada babak kedua menerusi rembatan Ashri Chuchu.

PJ City FC cuba bangkit dengan beberapa gerakan namun tidak berjaya dan keputusan kekal 1-0 kepada Kuala Lumpur.

Johor Darul Ta’zim kekal menerajui takhta Liga Super apabila menewaskan PKNS FC 3-1 malam tadi.

Gol permbukaan muncul pada minit ke 8 menerusi Afiq Fazail di susuli sepakan penalti oleh Gonzalo Cabrera beberapa minit kemudian.

Namun pelawat tampak tidak mahu mengalah dengan menggandakan asakan dan Gabriel Guerra merapatkan jurang pada separuh masa kedua.

Namun begitu, JDT menambah jaringan menerusi jaringan Safawi Rasid pada minit ke-85 dan memastikan kemenangan 3-1 memihak JDT.

Ia merupakan kemenangan ke-25 berturut-turut JDT di laman sendiri dalam saingan Liga Super sejak musim 2017.