Home / Hoki / RANGKUMAN PERLAWANAN AKHIR PIALA TNB DAN VIVIAN MAY SOARS 2020

RANGKUMAN PERLAWANAN AKHIR PIALA TNB DAN VIVIAN MAY SOARS 2020

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bakal melengkapkan kejuaraan Treble dalam saingan Liga Hoki Malaysia TNB MHL musim 2020.

Namun lawan yang menanti di pentas akhir bukan calang-calang pasukan Hoki Terengganu (THT) yang semestinya mampu mempertahankan gelaran juara.

Walaupun diatas kertas kelebihan memihak kepada UniKL menerusi dua kemenangan dalam saingan liga bagi THT perlawanan akhir hari ini kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang setimpal.

Ini pertemuan final kali kedua berturut-turut buat kedua-dua pasukan selepas edisi 2019 yang dimenangi THT yang mengatasi UniKL 2-1 pada perlawanan akhir.

Edisi kali ini kelebihan ketara dimiliki UniKL apabila dapat menggunakan khidmat kesemua pemain import berbanding pemain tempatan sepenuhnya pada perlawanan akhir tahun lalu.

Ditambah dengan rekod tanpa kalah dalam 14 perlawanan musim ini memang UniKL dilabel sebagai pasukan pilihan utama untuk bergelar juara.

Bagi THT walaupun tewas kedua-dua perlawanan dalam persaingan liga, aksi final piala TNB hari ini semestinya menjanjikan persembahan berbeza lebih-lebih lagi ini peluang terakhir buat THT untuk menyekat pesta kejuaraan trebel UniKL.

Dalam pada itu perebutan Piala Vivian May Soars semakin hangat diperkata selepas pasukan yang dilanda kontroversi Hockademy KL menepati ramalan mara ke perlawanan akhir.

Walaupun nasib pasukan hanya akan diketahui selepas mesyuarat lembaga eksekutif MHC hari ini yang kebetulan diadakan pada tarikh sama perlawanan akhir.

Dalam kalangan pemain fokus tetap terarah pada aksi menentang PKS Uniten.

Bagi PKS Uniten tidak dinafikan Hockademy KL memiliki kelebihan menerusi barisan pemain berkualiti yang dimiliki walaupun ini adalah penyertaan sulung pasukan.

Namun skuad kendalian Lailin Abu Hassan ini tetap berkeyakinan tinggi mampu mengatasi lawan berdasarkan kekalahan tipis 0-1 dan 2-3 pada pertemuan menentang Hockademy dalam kempen Liga Hoki Malaysia.

Pemain perlu kekal fokus memandangkan aksi final esok PKS Uniten bakal berdepan dengan tekanan berat menerusi provokasi dari kawasan penonton.

Aksi final piala Vivian May Soars akan dilangsungkan dua jam lebih awal iaitu tepat jam 6.00 petang sebelum saingan piala TNB antara UniKL menentang THT bmengambil tempat pada jam 8.00 malam.