Home / Badminton / RANGKUMAN HARI KETIGA KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS

RANGKUMAN HARI KETIGA KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS

4 daripada 7 wakil negara yang beraksi di Kejohanan Badminton Malaysia Masters melepasi pusingan kedua untuk mara ke pusingan suku akhir.

Beraksi cemerlang hari ini adalah perseorangan lelaki Lee Zii Jia, beregu lelaki serta dua beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Yi dan Goh Soon Huat-Sven Lai

Zii Jia melebarkan rekod menang 3-1 keatas Sameer Verma selepas menewaskan wakil India itu di pusingan kedua petang tadi yang disaksikan hampir 2000 penyokong.

Zii Jia bagaimanapun diberi tentangan sengit sebelum menang straight set dalam masa 52 minit.

Mendahului 21-19 di set pertama aksi bertambah rancang di set kedua apabila Verma berjaya mengheret perlawanan ke ke tie break namun Zhi Jia lebih tenang menghadapi tekanan sebelum menutup perlawanan dengan kemenangan 21-20.

Lawan menanti Zhi Jia di suku akhir adalah pilihan ketujuh dari China Yu Qi Shi selepas menewaskan rakan senegara Guang Zu Lu juga dengan straight set 21-19 21-12.

Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Yi Teo Ee terus meningkat selepas disingkirkan dari skuad kebangsaan apabila menewaskan pilihan ke-8 Cheng Kai Han-Hao Dong Zhou dari China.

Menang set pertama 21-13 gandingan beregu nombor tiga negara ini meningkat tempo permainan di set kedua.

Pernah ketinggalan 11-14 di pertengahan set Yew Sin dan Teo Ee melakukan kebangkitan untuk mengutip lima mata berturut-turut sekaligus memenangi perlawanan dengan keputusan 21-18 dalam tempoh 31 minit.

Ini adalah kejayaan kedua Yew Sin-Teo Ee menewaskan lawan di ranking yang lebib baik selepas menang keatas duo nombor 12 dunia dari India di pusingan kelayakan Rabu lalu.

Selepas ini mereka akan berdepan pasangan dari Korea Selatan Lee Yong Dae-Kim Gi Jung di suku akhir.

Seperti diduga beregu nombor satu negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tidak bermasalah mara ke suku akhir selepas mudah menewaskan Choi Solgyu-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.

Turun selaku pilihan keenam pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 ini tenang mencatat kemenangan straight set 21-13 21-13 dalam tempoh 31 minit.

Di atas kertas Peng Soon-Goh Liu Ying dijangka tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir apabila dijadualkan menentang Takuro Hoki-Wakana Nagahara dengan rekod kemenangan memihak kepada negara selepas dua pertembungan.

Peng Soon-Goh Liu Ying bakal ditemani beregu Goh Soon Huat- Lai Shevon Jemie yang menewaskan wakil Perancis Gicquel Thom- Delrue Delphine dengan straight set.

Kemenangan sulung menjadi milik mutlak buat pasangan negara dengan catatan 21-16 21-14 dalam masa 40 minit.