Home / Badminton / RAKING TERBARU BWF : LEE ZII JIA DAN AARON-WOOI YIK PAMERKAN PENINGKATAN

RAKING TERBARU BWF : LEE ZII JIA DAN AARON-WOOI YIK PAMERKAN PENINGKATAN

Seperti dijangka kejayaan layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan All England nyata memberi impak buat Lee Zee Jia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Zee Jia buat pertama kalinya menghuni ranking ke-10 dunia selepas naik tiga anak tangga hasil daripada prestasi cemerlangnya apabila layak ke kelompok empat terbaik sebelum tewas kepada bekas juara dunia dari Denmark Victor Axelson.

Jika diimbas semula laluannya ke separuh akhir Lee Zee Jia turut melakar kejutan menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 dari Indonesia Jonatan Christie selain juara Olimpik Rio 2016 Chen Long.

Untuk rekod ini kali pertama pemain kelahiran Alor Setar menghuni kelompok 10 pemain terbaik dunia dan ia pastinya antara hadiah paling manis buat Zii Jia yang akan menyambut hari jadinya 19 Mac ini.

Dalam pada itu beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut melakar sejarah tersendiri apabila menduduki ranking ke-9 dunia naik satu anak tangga dari kedudukan ke-10.

Aaron dan Wooi Yik mara ke separuh akhir kejohanan badminton All England sebelum tewas kepada pasangan beregu nombor satu dunia dari Indonesia.