Home / Lain - Lain / RAHIMI PASANG IMPIAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

RAHIMI PASANG IMPIAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA

Pelumba kelahiran Terengganu Rahimi Nabil Razu mula menarik perhatian peminat sukan permotoran negara.

Ini susulan kejayaannya menduduki tempat pertama pada kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas kelas Wira KBS di Litar Sepang baru-baru ini.

Baru berusia 15 tahun pelajar SMK Sg Aman itu membuktikan kemampuan menyaingi pelumba senior lain.

Namun dia tidak pernah mendapat perhatian kerajaan negeri Terengganu walaupun sudah berkali-kali menaiki podium dalam beberapa siri perlumbaan sebelum ini.

Rahimi Nabil pelumba Petronas Yamaha 31 Racing mula terlibat dalam sukan permotoran Pocket Bike pada 2015 selama tiga tahun menyertai Cub Prix.

Dia berjaya merangkul kejayaan dalam semua siri kejohanan Pocket Bike anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lebih membanggakan pada tahun 2019 dia turut muncul juara dalam kategori One Max Yamaha Super Series.

Rahim turut memaklumkan dia turut mendapat sokongan ayahnya yang juga seorang mekanik yang turut terlibat secara langsung mengatur jadual latihan dan pembikinan jentera sejak dia mula mengenali dunia permotoran.

Selepas ini Rahimi Nabil tekad untuk mengekalkan kejuaraan yang sama yang bakal berlangsung di Tangkak Johor September nanti serta memasang impian untuk menyertai peringkat antarabangsa.