Home / Lain - Lain / #ragbipadu – Strategi Angels Benam Keris !

#ragbipadu – Strategi Angels Benam Keris !

17

Pasukan UPM Serdang Angels bersama piala kemenangan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016. Gambar oleh Faiz Azizan / Sukan Malaysia

 

4 April 2016, BANGI : Pasukan UPM Serdang Angels membuktikan strategi permainan mereka lebih ampuh apabila berjaya menewaskan pasukan juara bertahan, Keris Conlay dalam Perlawanan akhir Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016  yang berlangsung di di Stadium Mini UKM, Bangi, Selangor kelmarin.

13

Aksi pasukan UPM Serdang Angels dan Keris Conlay. © Faiz Azizan / Sukan Malaysia

Walapun tanpa pemain import, pasukan UPM Serdang Angels yang dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman Wan Izzuddin, Muhammad Zharif Affandi dan Muhammad Dzafran Asyraaf ternyata bijak mengawal permainan dengan corak permainan yang menghiburkan berbanding Pasukan Keris Conlay yang dibarisi pemain import dari Fiji dan masih mengekalkan pemain lama dalam pasukan mereka.

Kedua-dua pasukan bermula dengan penuh taktikal, tidak terus melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan tetapi memilih untuk mencuri mata melalui kesalahan pihak lawan. Pada minit ke 6, pasukan UPM Serdang Angels memecah kebuntuan dengan satu sepakan penalty yang disempurnakan oleh pemain sayap, Muhammad Faizal bin Md Tahir. Permainan berlangsung dalam keadaan penuh taktikal sehingga ke minit ke 19 apabila giliran pasukan Keris Conlay mendapat sepakan penalty. Mohd Fairuz bin Abd Rahman tenang mendapatkan 3 mata untuk Keris Conlay. Pada minit ke 36 pemain sayap Faat Hor Rozi melayangkan badannya untuk menghasilkan try pertama buat pasukan UPM Serdang Angels. Konversi disempurnakan oleh Muhammad Faizal bin Md Tahir. Kedudukan separuh masa pertama kekal UPM Serdang Angels mendahului Keris Conlay dengan mata 10 berbalas 3.

Aksi pasukan UPM Serdang Angels dan Keris Conlay. © Fauz Azizan / Sukan Malaysia

Aksi pasukan UPM Serdang Angels dan Keris Conlay. © Faiz Azizan / Sukan Malaysia

Bermula separuh masa pasukan Keris Conlay banyak melakukan asakan bertali arus ke bahagian tryline pasukan UPM Serdang Angels. Mereka Berjaya mendapatkan try pada minit ke 51 melalui pemain import, Jone Marawa Nasalo . Konversi disempurnakan oleh Muhammad Fairuz bin Abd Rahman. Kedudukan kembali terikat 10-10. Pada minit ke 60 sekali lagi Keris Conlay dianugerahkan penalty dan disempurnakan oleh Muhammad Fairuz bin Abdul Rahman dan Keris Conlay mendahului UPM Serdang Angels 13-10. Tersentak dengan kedudukan tersebut, pasukan UPM Serdang Angels mencari ruang untuk mendapatkan mata. Strategi mereka berhasil mendapatkan penalty pada minit ke 70 untuk mengikat kedudukan 13-13.

Empat minit sebelum wisel penamat dibunyikan sekali lagi pasukan UPM Serdang Angels Berjaya mendapatkan satu lagi penalty. Dalam jarak 35 meter Muhammad Faizal bin Md Tahir melakukan satu tendangan sempurna untuk mencuri 3 mata. Kedudukan 16-13 kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan UPM Serdang Angels ternyata membuka lembaran sejarah baru dalam Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia apabila menyaksikan sebuah pasukan yang dibarisi oleh tenaga anak watan mampu menyekat kemaraan pasukan yang mempunyai pemain import.

Aksi pasukan NS Wanderers dan . © Fauz Azizan / Sukan Malaysia

Aksi pasukan NS Wanderers dan SSTMI Tsunami . © Faiz Azizan / Sukan Malaysia

Sementara itu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, satu lagi kejutan dilakukan apabila pasukan pilihan, NS Wanderers tewas kepada pasukan SSTMI Tsunami dan NS Wanderers dengan keputusan 42 berbalas 31. Kekalahan itu menyaksikan NS Wanderers kekal di tangga ke empat manakala pasukan SSTMI Tsunami yang dibarisi rata-rata pemain muda dan  pelajar sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail berjaya merangkul tempat ketiga.

Sumber : Faiz Azizan