Home / Lain - Lain / #Ragbipadu: Sinar Harapan buat Skuad Ragbi Negara

#Ragbipadu: Sinar Harapan buat Skuad Ragbi Negara

13

Aksi perlawanan akhir Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia baru-baru ini. © SukanMalaysiaDotMY

Perlawanan akhir Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2016 yang berakhir pada Ahad 3hb April yang menemukan dua pasukan besar dalam Sukan Ragbi Negara iaitu Keris Conlay dan UPM Angelsdan menjadi medan pertarungan antara pemain tempatan dan pemain Import.  Kesudahan yang begitu positif untuk Sukan Ragbi Malaysia apabila UPM Angels yang dibarisi pemain tempatan seperti Mohd Faizal Tahir, Nazuriddin Abd Latif dan Dzafran Asyraf telah berjaya membawa UPM Angels keluar sebagai juara.

Pasukan Angels berjaya mengimbangi pemain import Conlay dan mereka juga (UPM) bijak mencatur strategi dalam perlawanan akhir itu apabila menggunakan kekuatan forward untuk mendominasi permainan.  Pemain-pemain tempatan UPM nyata lebih bijak dan kreatif apabila menyerang dan dalam bertahan.  Mereka juga berjaya menyerap asakan asakan bertali arus dari Conlay serta tidak memberi ruang untuk mereka melakukan larian. Persefahaman dan juga ‘teamwork’ UPM juga amat baik dan inilah tunjang kepada kejayaan UPM pada perlawanan Akhir itu..

UPM Angels juga telah memberi sinar dalam sukan ragbi negara dengan dua pemain yang menyerlah iaitu Mohd Faizal Tahir dan juga Nazuriddin Abd Latif. Nazuriddin yang bermain sebagai flanker mempamerkan permainan yang amat baik dalam perlawanan akhir itu.  Beliau sentiasa melakukan hadangan yang kemas dalam mematahkan serangan pasukan lawan.  Manakala Faizal pula yang bermain sebagai pemain sayap sering mengucar-ngacirkan pihak lawan dengan larian-larian deras beliau.  Ketajaman beliau dalam membuat sepakan conversion dan juga penalti dan sering menjadi penyumbang mata penting jepada pasukan UPM.  Tidak lupa juga kepada  pemain muda Dzafran Asyraf yang mempamerkan permainan yang baik dan menjadi duri dalam daging kepada pasukan Keris Conlay.

Dalam perlawanan yang disaksikan oleh Pengurus Besar MRU iaitu Saudara Mohd Mazuri Salehhudin, SukanMalaysia sempat menemuramah beliau yang berpendapat perlawanan ini amat bagus untuk Sukan Ragbi di Malaysia di mana Keris Conlay yang mempunyai 3 pemain import dan menentang UPM Angels yang kesemuanya pemain tempatan tetapi masih mampu mengimbangi kekuatan rempuhan dan juga larian deras pemain pemain import dari Fiji dari Keris Conlay.

Ini sebenarnya adalah objektif utama kejohanan ini diadakan untuk melahirkan ramai bakat-bakat besar dalam sukan ragbi negara dengan menyediakan pentas perlawanan yang kompetatif dan bertaraf tinggi.  Semua ini memberikan satu perkembangan yang positif dan bagus untuk pembangunan ragbi negara dalam meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan yang akan beraksi di ARC Div 1 bersama sama pasukan lain yang lebih baik kedudukan ranking dunia iaitu Sri Lanka, Filipina dan juga Kazakhstan.

 

Oleh : Hisyam Rahman