Home / Lain - Lain / #RAGBI7s – Penanda Aras Skuad Ragbi 7s Tanahair

#RAGBI7s – Penanda Aras Skuad Ragbi 7s Tanahair

Pasukan Ragbi 7s Malaysia semasa menyertai pertandingan di Singapura. Pix by Kombat Pancasona @ SukanMalaysiaDotMY

Pasukan Ragbi 7s Malaysia semasa menyertai pertandingan di Singapura. Pix by Kombat Pancasona @ SukanMalaysiaDotMY

SINGAPURA, 21 April 2017; Kenangan manis pasukan ragbi 7 sepasukan negara merangkul pingat Perak di temasya Sukan SEA 2015 di Singapura sudah diingati oleh seluruh negara. Pada tahun ini, mereka sedang dalam proses menyediakan sebuah pasukan yang mantap menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam merealisasikan impian menyumbangkan pingat emas kepada tanahair.

Pasukan ragbi 7 sepasukan negara telah menyertai Kejohanan SEA 7s yang dianjurkan bersama kejohanan siri Dunia Singapura. Kejohanan ini menyaksikan enam pasukan yang mengambil bahagian, SEA 7s juga boleh dianggap sebagai penanda aras kemampuan pasukan ragbi negara pada masa ini kerana semua pasukan yang bertanding bakal menyertai Sukan SEA 2017 nanti.

Aksi Pasukan Ragbi 7s Malaysia semasa menyertai pertandingan di Singapura. Pix by Kombat Pancasona @ SukanMalaysiaDotMY

Aksi Pasukan Ragbi 7s Malaysia semasa menyertai pertandingan di Singapura. Pix by Kombat Pancasona @ SukanMalaysiaDotMY

Permulaan hari pertama yang baik, Malaysia 7s mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dengan mengalahkan Singapura B 35 – 5, mengejutkan satu lagi pasukan tradisi Thailand 24 – 0 dan mencapai jangkaan dengan menundukkan Laos 25 – 5 yang membawa pasukan Malaysia 7s ke final bertemu dengan pasukan tuan rumah Singapura.

Kedua dua pasukan telah mengikat kedudukan pada separuh masa pertama 7 sama dan menunjukkan kualiti permainan yang menarik. Tetapi pada separuh masa kedua pasukan negara terpaksa akur dengan kehebatan pasukan tuan rumah Singapura untuk memberi gelaran juara SEA 7s kepada mereka dengan keputusan 19 -7.

Mungkin dari segi skill dan persembahan pasukan negara sudahpun menunjukkan peningkatan, tetapi perlu kita ingat bahawa pesaing pesaing juga menjalani latihan rapi dan intensif untuk menyiapkan diri ke Sukan SEA 2017.Pengalaman adalah guru yang terbaik dan mengharapkan keputusan tempoh hari di Singapura telah memberikan pengajaran yang berharga buat jurulatih serta pemain yang akan digunakan pada kejohanan yang akan datang.