Home / Lain - Lain / Ragbi makin diminati, STJ Warriors juara AFJets-STJ 10!

Ragbi makin diminati, STJ Warriors juara AFJets-STJ 10!

2016-05-31-PHOTO-00000077

Pasukan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar atau lebih dikenali sebagai STJ WARRIORS muncul juara bawah 17tahun.

KUALA PILAH, 6 Jun 2016 – Sukan Ragbi Malaysia semakin menunjukkan kemajuan setelah Malaysia memenangi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2016 Divisyen pada 1 Mei lalu. Ini dibuktikan dengan satu penganjuran Kejohanan Ragbi Jemputan Antarabangsa AFJets-STJ 10 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah pada 28-29 Mei lalu.
Kejohanan yang disertai oleh 32 pasukan sekolah dari dalam negara dan luar negara berjaya menarik ribuan peminat tempatan dan dari luar Negeri Sembilan untuk menyaksikan sendiri bakat-bakat muda tanahair mempamerkan aksi mereka.

Aksi perlawanan akhir bawah 17tahun.

Aksi perlawanan akhir bawah 17tahun.

Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar atau lebih dikenali sebagai STJ WARRIORS dan Sekolah Menengah Seri Mersing, Johor telah muncul juara dalam kejohanan ini untuk kategori bawah umur 17 dan 15 tahun.
Pengetua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Puan Hjh Norizan, selaku tuan rumah, melahirkan rasa bangga beliau dengan sambutan penyertaan dari pasukan-pasukan sekolah di Malaysia di kejohanan yang julung-julung kali diadakan dan berharap ianya dapat diteruskan dengan kerjasama rapat pihak AFJets Sdn. Bhd. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Amrul Nizar Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif AFJets Sdn.Bhd dan Mohd Mazuri Salehuddin, Pengurus Besar Kesatuan Ragbi Malaysia.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bagi setiap kategori :
Bawah 17 tahun
CUP
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ WARRIORS) – 13
Maktab Tentera DiRaja Malaysia – 5
Plate
Akademi Ragbi Terengganu 24
SMK King George V 12
Bowl
Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar 24
Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor 0
Shield
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping 21
SM Tuanku Muhammad Kuala Pilah 12
Bawah 15 tahun
CUP
Sekolah Menengah Seri Mersing, Johor – 15
Sekolah Menengah King George V, Seremban – 10
(Masa Tambahan)
Plate
Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar 5
Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah 5
(Kolej Sultan Abdul Hamid menang try awal)
Bowl
Kolej Zahira Sri Lanka 19
Akademi Ragbi Terengganu 0
Shield
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang Seremban 24
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol 0