Home / Lain - Lain / RAGBI ASIA BATALKAN 13 KEJOHANAN UTAMA DI PERINGKAT ASIA BAGI TAHUN 2020

RAGBI ASIA BATALKAN 13 KEJOHANAN UTAMA DI PERINGKAT ASIA BAGI TAHUN 2020

Ragbi Asia mengumumkan pembatalan kejohanan utama di peringkat Asia bagi tahun 2020.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh exco Ragbi Asia membabitkan pembatalan 13 kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan bermula Oktober hingga Disember 2020.

Keputusan ini dibuat selepas menimbangkan garis panduan Return To Play yang diterima daripada jawatankuasa kebajikan dan perubatan Ragbi Asia serta jawatankuasa pertandingan Ragbi Asia.

Keputusan pembatalan kejohanan adalah demi menjaga keselamatan atlet serta pegawai yang bertugas.

Dengan pembatalan hampir semua kejohanan utama musim ini Ragbi Asia kini fokus kepada penyusunan semula kalendar kejohanan tahun 2021 serta format penganjuran kejohanan.

Langkah ini turut disokong presiden jawatankuasa pertandingan ragbi Asia yang menyifatkan keputusan yang dibuat adalah satu langkah yang tepat demi membendung penularan wabak Covid-19.