Home / Lain - Lain / PSM KEKALKAN STL DALAM KALENDAR SEPAK TAKRAW NEGARA

PSM KEKALKAN STL DALAM KALENDAR SEPAK TAKRAW NEGARA

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kekal tenang dan melihat masih ada ruang sekurang-kurangnya pertandingan Sepak Takraw League (STL) terus dipertahankan dan dianjurkan tahun ini.

Bagi PSM penganjuran 2020 perlu lebih fleksibel tanpa mengabaikan apa jua keputusan akhir Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelak.

Ketika ini PSM akan terus memantau setiap perkembangan dan arahan daripada kerajaan berhubung Covid-19.

PSM turut mengakui kesan wabak ini dalam kejohanan tempatan menyaksikan beberapa saingan sudah pun ditangguhkan antaranya STL Road To SUKMA 2020 dan Grand Prix Kebangsaan.

Berbaki saingan elit STL yang menjadi agenda utama PSM dalam usaha memastikan sepak takraw kekal relevan dalam di negara ini.

Seperti edisi-edisi lalu pertandingan STL dijadualkan berlangsung pada Ogos dengan beberapa pasukan tumpuan antaranya Penang Black Panthers, Perak Bisons, Terengganu Turtles dan ATM Guardians.

Untuk rekod STL mula dianjurkan pada 2017 dan ia semakin mendapat tempat dikalangan peminat sukan tempatan.