Home / Lain - Lain / PROGRAM PEMBANGUNAN RAGBI NEGARA (NRDP) LANDASAN UTAMA MISI KRM MEMBAWA RAGBI KE PIALA DUNIA DAN OLIMPIK 2031

PROGRAM PEMBANGUNAN RAGBI NEGARA (NRDP) LANDASAN UTAMA MISI KRM MEMBAWA RAGBI KE PIALA DUNIA DAN OLIMPIK 2031

Piala Dunia dan Sukan Olimpik menjadi dua misi utama yang mahu direalisasikan kesatuan ragbi Malaysia (KRM) menerusi pelaksanaan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) yang memasuki tahun ketiga.

Perjalanan program berada di landasan yang betul menuju tahun 2031 yang disasarkan dan ianya bakal dimantapkan dengan pembangunan baru kategori wanita selain menjadikan Korea Selatan sebagai model ikutan terbaharu.

Penyertaan ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik yang disasarkan dalam tempoh 12 tahun lagi menjadi misi utama pelan pembangunan ragbi negara (NRDP).

Dilancarkan sejak 2017 program yang diaturkan mula menampakkan hasil khususnya pencapaian skuad pelapis.

Bagi memantapkan lagi kemajuan pembangunan bengkel NRDP sulung yang berlangsung hari ini diharap dapat membuahkan pelbagai idea bagi memperkukuhkan perkembangan ragbi tempatan khususnya usaha melahirkan pemain-pemain bermutu merangkumi lelaki, wanita dan peringkat umur rendah hingga ke remaja.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) juga memberi sokongan penuh dengan memperuntukan tahunan dari RM1j sehingga RM2j.

Ketika ini Jepun dan Hong Kong merupakan dua kuasa utama Asia tetapi kejayaan Korea Selatan menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal menjadi inspirasi baru Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)