Home / Bola Sepak / Program naturalisasi Peta Hala Tuju F:30 di landasan tepat

Program naturalisasi Peta Hala Tuju F:30 di landasan tepat

Delegasi Persatuan Bola Sepak Malaysia telah adakan perjumpaan dengan Menteri Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Putrajaya bagi membincangkan program naturalisasi pemain.

Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatkan program tersebut berada di landasan yang tepat menerusi Peta Hala Tuju F:30 badan induk itu.

Sementara itu, pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh diberi lampu hijau untuk beraksi menentang Timor Leste pada perlawanan playoff kelayakan Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung bulan hadapan.

Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Asia mengenakan hukuman penggantungan empat perlawanan persahabatan antarabangsa Kelas A keatas Sumareh ekoran kesalahannya pada aksi final Piala AFF tahun lalu.

Selain menyerahkan dokumen F:30 kepada Muhyiddin, FAM turut menyerahkan kertas kerja projek naturalisasi yang mengandungi beberapa perkara penting.

Antaranya, syarat dan status Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), polisi Kerajaan Persekutuan, kontrak dan yuran perpindahan serta kes-kes contoh.

Difahamkan, beberapa nama sudah disenarai pendek sebagai calon pemain naturalisasi negara, antaranya Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Michael Ijezie.