Home / Lain - Lain / Program latihan di Belanda tambah keyakinan Syakilla

Program latihan di Belanda tambah keyakinan Syakilla

Foto : Bernama

Jaguh karate negara Syakilla Salni Jefry Krisnan berpuashati dengan perkembangan latihannya walaupun agak baru berguru di Belanda.

Keyakinannya sudah mula meningkat kerana berpeluang berlatih dengan atlet dalam kelompok 50 terbaik dunia.

Prospek pingat Olimpik Tokyo 2020 itu akan menyertai Kejohanan Liga Premier di Austria Mac ini yang menawarkan kutipan mata ranking.

Amsterdam bukan satu tempat asing bagi Syakilla kerana dia mempunyai rakan yang dapat membantu beliau di sana dan mereka pernah membantunya semasa persiapan Sukan SEA lepas.