Home / Bola Sepak / Polis tersenyum, Selangor terus lesu

Polis tersenyum, Selangor terus lesu

Pemain PDRM Muhd Alafi Mahmud cuba melepasi pertahanan Selangor dalam perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan D di Stadium Paroi. Gambar oleh Megat Mohd Firdaus / Asiana.my

Pemain PDRM Muhd Alafi Mahmud cuba melepasi pertahanan Selangor dalam perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan D di Stadium Paroi. Gambar oleh Megat Mohd Firdaus / Asiana.my

PAROI 30 OGOS 2014 : Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tersenyum lebar apabila mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila mengikat Selangor 1-1 di Stadium Paroi, Negeri Sembilan, malam tadi.

Pasukan gergasi merah Selangor ternyata terus lesu apabila gagal meraih 3 mata penuh untuk mengesahkan tempat ke suku akhir dan terpaksa menunggu sehingga ke perlawanan terakhir peringkat kumpulan D pada 3 September ini,  apabila sekadar berada di tempat kedua dengan 7 mata dan diekori rapat oleh Sime Darby FC ditempat ke 3 dengan 6 mata.

Selangor bermula garang apabila meraih jaringan seawal minit ke-11 menerusi Andik Vermansyah selepas penyerang sensasi dari Indonesia itu melakukan rembatan deras kearah tepi gawang. Malah The Red Giants yang mendahului perlawanan dengan kedudukan 1-0 dilihat masih belum berpuas hati, dengan asakan demi asakan dihalakan kearah kubu PDRM.

Namun kealpaan barisan pertahanan Selangor mengundang pada apabila pemain PDRM Mohd Alafi Mahmud mengambil kesempatan dari keadaan kelam kabut di depan pintu gol Selangor, untuk menjaringkan gol pada minit ke 85.

Perlawanan yang berkedudukan 1-1 kekal hingga ke tiupan wisel penamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*