Home / Bola Sepak / PKNP-Selangor berkongsi mata manakala JDT tundukkan PKNS FC

PKNP-Selangor berkongsi mata manakala JDT tundukkan PKNS FC

Foto oleh : Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Rangkuman aksi separuh masa kedua perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di antara PKNP FC (putih) dan Selangor yang berlangsung pada 18 Mei 2019 menyaksikan pasukan tuan rumah, PKNP FC terpaksa berkongsi mata apabila sekadar seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Foto oleh : Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Jaringan PKNP FC dijaringkan oleh Mugenthiran Ganeson di minit ke 47 selepas Ifedayo Olusegun Patrick Omoyusi menjaringkan gol buat Selangor pada minit ke 29.

Sementara itu, dalam aksi2 perlawanan Liga Super Malaysia 2019 di antara PKNS FC (oren) dan JDT yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 17 Mei 2019, JDT muncul pemenang dengan keputusan 2-1.

Foto oleh : Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY

Gol-gol hasil jaringan Safawi Rashid (min 16) dan Diogo Santo (min 58) manakala PKNS FC membalas menerusi Romel Morales (min 30).

Foto oleh : Zaid Ayid | SukanMalaysiaDotMY