Home / Lain - Lain / PKBM BERHARAP STATUS PRO SERIES LE TOUR DE LANGKAWI TERUS DIKEKALKAN

PKBM BERHARAP STATUS PRO SERIES LE TOUR DE LANGKAWI TERUS DIKEKALKAN

Susulan pembatalan Le Tour de Langkawi (LTDL) edisi 2021 Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia melihat ia langkah yang baik berikutan tiada ketentuan penularan Covid-19 ketika ini.

Status Pro Series2.0  yang diletakkan keatas LTDL juga dijangka terus kekal sehingga penganjuran edisi 2022 nanti.

 Menurut Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh perkara ini telah disuarakan kepada badan induk basikal dunia (UCI) secara peribadi.

LTDL harus dikekalkan sebagai status utama Pro Series 2.0 walaupun edisi 2021 tidak dapat dilaksanakan.

PKBM semalam mengumumkan pembatalan penganjuran perlumbaan LTDL 2021 selepas mendapat persetujuan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan penganjur Human Voyage.

Ia berikutan tarikh 2021 yang dijadual berlangsung 31 Januari dilihat terlalu dekat selain tiada jaminan kesihatan dapat diberikan terutamanya pasukan yang dijangka mengambil bahagian.

Ini selaras dengan pembatalan Tour Down Under yang dijadualkan lebih awal selepas pasukan-pasukan pilihan utama memilih untuk kekal di eropah.

Bagaimanapun bagi perlumbaan utama yang tersenarai dalam kalendar UCI iaitu Jelajah Malaysia dan Tour of Peninsular bagi tahun 2021 masih lagi kekal akan dianjurkan bergantung kepada situasi semasa.

Bagi penganjur perlumbaan Tour of Peninsular keyakinan tetap tinggi perlumbaan berstatus 2.1 itu dapat diteruskan Oktober tahun depan selepas penganjuran edisi 2020 ditunda berikutan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu pasukan berstatus Pro Benua Negara Terengganun Inc TSG dan Sapura Cycling (TSC) menerima dengan hati terbuka pembatalan perlumbaan Le Tour de Langkawi tahun depan.

Bagaimanapun harapan tetap ada bagi menyaksikan perlumbaan dalam negara diadakan bagi mengisi kalendar perlumbaan negara.

Paling dinanti kini semestinya perlumbaan Tour of Peninsular yang dijadualkan berlangsung pada Oktober tahun depan.