Home / Bola Sepak / PJ City cerahkan slot ke suku akhir

PJ City cerahkan slot ke suku akhir

Skuad PJ City FC mencerahkan peluang mara ke suku akhir setelah menewaskan pasukan tercorot kumpulan B UiTM FC 2-0.

PJ City kini mengumpul 9 mata selepas 4 perlawanan hanya 1 mata dibezakan dengan pendahulu liga JDT yang boleh dikatakan hampir pasti ke slot suku akhir.

Beraksi di Stadium Shah Alam pasukan perlawanan keempat ini menyaksikan penguasaan PJ City. Minit ke-32 Washington Brandao meletakkan PJ City di depan.

UiTM yang masih gagal memungut sebarang mata setakat ini berusaha untuk memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri. Bagaimana pun usaha membocori gawang lawan tidak berhasil.

Sebaliknya pada babak kedua K.Santish menambah gol kedua PJ City pada minit ke-71.

Keputusan kekal 2-0 hingga tamat masa penuh perlawanan menyaksikan PJ City FC tampak selesa di tangga kedua kumpulan berbaki dua lagi aksi.

Sementara UiTM FC terus kemarau kemenangan menerusi empat kekalahan berturut-turut.