
Pemain Perak meraikan kejayaan muncul Juara Divisyen 1. Gambar oleh Azhari Yusop © SM International
KUALA LUMPUR : Perak berjaya mempertahankan kejuaraan divisyen satu kejohanan hoki Piala Razak apabila menewaskan Terengganu menerusi penentuan penalti 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa sebenar dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Dalam perlawanan yang penuh dramatik itu, Terengganu terlebih dulu di depan pada minit ke-14 selepas Ameer Aiman Saberi menyempurnakan jaringan padang. Gol itu tidak bertahan lama apabila Perak menyamakan kedudukan pada minit sama menerusi pukulan sudut penalti Shazrul Imran Nazli.

Pemain Perak meraikan kejayaan muncul Juara Divisyen 1. Gambar oleh Azhari Yusop © SM International
Terengganu kembali di depan pada minit ke-22 selepas Syamiru Aiman Bidin bijak mencuri ruang dalam kawasan D.
Bersambung separuh masa kedua, Perak menggandakan serangan untuk memperoleh gol penyamaan, namun beberapa peluang terbaik dalam kawasan D gagal disempurnakan dengan baik.
Usaha berterusan Perak akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan selepas Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan gol padang pada minit ke-47 sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Keputusan Rasmi
DIVISYEN SATU
Final: Perak 2 Terengganu 2 (Perak menang penentuan penalti 3-1)
Tempat ke-3/4: Kuala Lumpur 2 Melaka 1
DIVISYEN DUA
Final: PDRM 1 Pahang 2
Tempat ke-3/4: ATM & Selangor
WANITA
Final: Selangor 1 Kuala Lumpur 2
Tempat ke-3/4: ATM & Pulau Pinang