Home / Bola Sepak / #PialaMalaysia2016 – Kedah Juara dibumi Selangor !

#PialaMalaysia2016 – Kedah Juara dibumi Selangor !

osad1921

Pemain Kedah meraikan kejayaan mereka merangkul Piala Malaysia 2016. Gambar Probitas Ed Fides

SHAH ALAM 30 October 2016 : Pasukan Kedah berjaya membenam juara bertahan seterusnya merampas trofi Piala Malaysia selepas menundukkan Selangor menerusi penentuan penalti 6-5  selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat masa sebenar perlawanan.

Kejayaan Kedah pasti memberi tamparan dan luka yang mendalam buat penyokong Selangor apabila menyaksikan misi 34 terkubur di gelanggang keramat Stadium Shah Alam malam tadi.

Mohd Rizal Mohd Ghazali pasti dijulang sebagai menjadi wira Lang Merah apabila menyempurnakan sepakan terakhir menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Khairul Azhan Khalid.

Barisan pemain Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Malaysia. Gambar Probitas Ed Fides

Barisan pemain Kedah meraikan kejayaan merangkul Piala Malaysia. Gambar Probitas Ed Fides

Menghadiahkan kemenangan merangkul Piala Malaysia kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, jurulatih pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe ternyata gembira dengan kejayaan yang dimikilik pasukannya apabila kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada tahun 2008.

“Kemenangan ini amat istimewa, pemain telah memberikan segala-galanya dan saya amat berbangga dengan mereka. Ini adalah hadiah terbaik buat Sultan Kedah yang kini dipenggal terakhir sebagai Yang di-Pertuan Agong”

Untuk rekod, ini kali kelima Kedah menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2008.