Home / Bola Sepak / #PIALAFA2017 – Rentapan Tok Gajah di Larkin

#PIALAFA2017 – Rentapan Tok Gajah di Larkin

Matheus Alves melakukan tandukan sambil diperhatikan pertahanan JDT. AkmalMohamed/SukanMalaysiaDotMY

Matheus Alves melakukan tandukan sambil diperhatikan pertahanan JDT. AkmalMohamed/SukanMalaysiaDotMY

JOHOR BAHRU (23 APRIL 2017) – Sumareh Mohamadou menjadi mimpi ngeri buat barisan anak buah Benjamin Mora selepas menyaksikan pasukan JDT tidak berjaya mara ke separuh akhir sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA musim lepas.Biarpun mendahului dua jaringan awal pada tempoh kurang 30 minit pada separuh masa pertama JDT masih tidak mampu merobek gawang pelawat walaupun beberapa gerakan berbahaya dilakukan melalui Cabrera dan Guerra.
Gabby Guerra dikawal dua pertahanan pemain Pahang. AkmalMohamed/SukanMalaysiaDotMY

Gabby Guerra dikawal dua pertahanan pemain Pahang. AkmalMohamed/SukanMalaysiaDotMY

 Pada minit ke-5 lagi barisan Dollah Salleh dikejutkan jaringan awal melalui Gonzalo Cabrera dengan rembatan leret ke kanan gawang selepas mendapat lorongan cantik melalui gerakan Safiq Rahim.Dan sekali lagi pada minit ke-22 Gabriel Guerra mencuri tumpuan penyokong JDT selepas jaringan kedua dilakukan hasil hantaran Azrif Nasrulhaq yang menghukum kealpaan pemain Pahang Wan Zaharulnizam sekaligus mengimbangi perlawanan ini.Pasukan tuan rumah terus menggandakan asakan bertali arus ke kubu lawan tetapi dihampakan barisan pertahanan ‘Tok Gajah’.Sehinggalah pada minit ke-87 Sumareh meranapkan impian JDT mara ke pusingan separuh akhir selepas berjaya menanduk masuk gol buat pasuakn Pahang sekaligus menambah jumlah agregat gol.
Sehingga dihujung saingan beberapa insiden pergaduhan telah dicetuskan kedua-dua pasukan akan tetapi berjaya dikawal oleh pengadil bertugas Zulkifli Ahmad.Di Larkin biarpun JDT masih kebal bertahan tanpa kekalahan tetapi kecewa dengan tersingkirnya ke peringkat seterusnya buat jauara bertahan musim lepas.Selepas ini pasukan Pahang akan bertemu pasukan Liga Premier ‘Sang Kijang’ pasukan Negeri Sembilan di saingan separuh akhir Piala FA 2017.