
Lee Tuck cuba melepaskan diri dari lawan dalam aksi Piala FA Pusingan Ke 3 Di Paroi Gambar Oleh Akhmal Zeary / Sukan MalaysiaDotMy
SEREMBAN 11 MAC 2017 Pasukan Negeri Sembilan berjaya melayakan diri ke suku akhir setelah menang 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi apabila diheret sehingga masa tambahan. Skuad Asri Ninggal yang banyak mengatur serangan dan berjaya menghasilkan gol dari pemain kelahiran Crotia Marko Simic pada minit 45.

Syed Adney gagal menyelamatkan gawang setelah tendangan deras Lee Tuck terkena pertahanan dalam aksi Piala FA Pusingan Ke 3 Di Paroi Gambar Oleh Abd Jalil / SukanMalaysiaDotMy
Dengan Pulau Pinang yang ketinggalan satu gol terus mengasak gawang tuan rumah pada separuh masa kedua dan berjaya menghasilkan gol hasil tandukan Reinaldo Rodrigues pada minit ke 48.Perlawanan banyak di kuasai oleh skuad tuan rumah sehingga tamat separuh masa kedua.

Marko Simic ditarik dalam pergelutan bola dalam aksi Piala FA Pusingan Ke 3 Di Paroi Gambar Oleh Abd Jalil/ SukanMalaysiaDotMy