Home / Bola Sepak / PialaFA2017- Kedah selesa bertandang ke Ipoh

PialaFA2017- Kedah selesa bertandang ke Ipoh

Ken Ilso Larsen meraikan jaringan keenam buat pasukan Kedah.

Ken Ilso Larsen meraikan jaringan keenam buat pasukan Kedah. Foto oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMy

ALOR SETAR, 01 April 2017 – Pasukan Kedah mencatat kemenangan pertama dalam Suku Akhir I Piala FA apabila menewaskan PKNP FC dengan jaringan 6-1.

Bermula babak pertama pasukan PKNP terlebih dahulu mengasak benteng pertahanan Kedah dengan serangan bertali arus namun buntu menemui jaringan.

Penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen diasak pertahanan lawan Muhamad Syazwan Zaipol. Foto oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMy

Penyerang Kedah, Ken Ilso Larsen diasak pertahanan lawan Muhamad Syazwan Zaipol. Foto oleh Junaidi Ahmad / SukanMalaysiaDotMy

Pada minit ke14 hasil serangan balas pasukan Kedah, pasukan PKNP mengasari pemain Kedah diluar kotak penalti. Mohd Fitri Omar ditugaskan untuk mengambil sepakan percuma terus melakukan rembatan kearah gol bagi gol pertama pasukan Kedah. Pada minit ke 29 sekali Mohd Fitri Omar mencatat nama sebagai penjaring hasil sepakan percuma diluar kotak penalti. Pada minit ke 44 Kedah dihadiahkan sepakan penalti dan disempurnakan oleh Liridon Krasniqi.
Bersambung babak kedua pasukan Kedah terus mengasak pasukan PKNP dan hasilnya pada minit ke 47 Ken Ilso Larsen menjaringkan gol keempat pasukan Kedah hasil umpanan Muhammad Farhan Roslan. Pasukan pelawat PKNP FC mendapat gol saguhati pada minit ke 84 hasil jaringan Khairul Asyraf memanfaatkan kealpaan barisan pertahan Kedah. Jaringan tersebut tidak mematahkan semangat Kedah apabila Muhammad Syafiq Ahmad menambah derita pelawat dengan gol kelima pada minit ke 86. Ken Ilso Larsen sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring dengan gol keenam Kedah pada minit ke 90.