Home / Bola Sepak / #PIALAFA2017 – Kedah dan Pahang sudah bersedia !

#PIALAFA2017 – Kedah dan Pahang sudah bersedia !

Ketua Pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari, Pemangku Jurulatih Kedah Nidzam Adzha Yusoff, Jurulatih Pahang, Dollah Salleh dan Ketua Pasukan Pahang, Matthew Davies bergambar semasa sessi sidang media. Gambar oleh Arep Kulal

SHAH ALAM, 19 Mei 2017 : 24jam menjelang perlawanan akhir Piala FA 2017, Pasukan Pahang dan Kedah ternyata telah bersedia untuk beraksi dihadapan 80,000 ribu penyokong di Stadium Shah Alam, Selangor, malam esok.

Tampil dengan barisan terkuat dan tanpa dibelenggu masalah kecederaan ataupun penggantungan pemain, Pahang dan Kedah sudah pasti akan menggunakan segala peluang yang ada untuk membawa pulang Piala FA ke negeri masing-masing.

Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh bersikap merendah diri apabila mengakui Kedah punya kelebihan berdasarkan pengalaman dimiliki majoriti barisan pemain pasukan itu. Dollah beranggapan berkata pengalaman barisan pemain skuad Helang Merah yang beraksi di pentas final Piala Malaysia pada 2015 dan 2016 sudah pasti menjadi azimat buat pasukan berkenaan. Tanpa berselindung dan menganggap barisan pemain beliau adalah barisan pemain-pemain mudah yang baru di bentuk, Dollah tetap optimis barisannya mampu memberi saingan dan membuat kejutan.

“Sebahagian kami adalah pemain muda yang mempunyai bakat dan kemahiran individu dan boleh beraksi di peringkat tertinggi. Cuma, pengalaman bermain di pentas final itu yang tiada. Namun, saya sudah ingatkan kepada pemain Pahang yang kita tidak perlu terlalu menghormati pasukan lawan. Bermain seperti biasa,” kata Dollah ketika sidang media menjelang aksi final Piala FA di sini, hari ini.

Sementara itu Pemangku Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff optimis anak buahnya mampu membawa pulang Piala FA ke Alor Setar pada hari Isnin nanti. Dengan motivasi yang tinggi, Nidzam yakin anak buahnya akan beraksi cemerlang untuk menumpaskan pasukan Pahang seterusya mengulangi kejyaan pada tahun 2008.

Pemangku Jurulatih Kedah, Nidzham Adzha Yusof

“Pemain saya berada pada tahap kecergasan dan mental yang baik. Pengalaman bermain di Final Piala Malaysia musim lalu sedikit sebanyak membantu pemain untuk kekal tenang” katanya pada sidang media menjelang aksi final Piala FA di sini, hari ini.

Nidzam yang mengambil alih tugas Tan Cheng Hoe awal bulan ini dilihat berada pada di landasan terbaik untuk membawa Kedah meraih gelaran kedua musim ini selepas kejayaan memenangi Piala Sumbangsih awal musim.