Home / Bola Sepak / #PIALAFA2017 – Kedah bawa bekalan tipis ke Terengganu

#PIALAFA2017 – Kedah bawa bekalan tipis ke Terengganu

Aksi pemain Kedah Ken Ilso dalam saingan separuh akhir Piala FA 2017 di Stadium Darulaman. Gambar oleh Khairl Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

Aksi pemain Kedah Ken Ilso dalam saingan separuh akhir Piala FA 2017 di Stadium Darulaman. Gambar oleh Khairl Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

ALOR SETAR – 30 April 2017 : Pasukan pilihan Kedah dilihat memilih jalan sukar dengan membawa bekalan tipis ke Kuala Terengganu apabila sekadar menang 1-0 di Stadium Darul Aman malam tadi.

Gol jaringan Mohd Farhan Roslan pada minit ke 72 menjadi bekalan sebelum pasukan Kedah bertandang ke Kuala Terengganu untuk perlawanan pusingan kedua.

Cubaan Gol oleh Issey Farhan Nakajima di separuh masa pertama tadi. Kedah menentang Terengganu di Stadium Darulaman dalam saingan separuh akhir Piala FA 2017. Gambar oleh Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMY

Di separuh masa pertama , kedua pasukan saling bertukar serangan dan beberapa percubaan merbahaya dari Ken Ilso dan Badrol Bakhtiar.

Terengganu juga tidak kurang hebatnya apabila penjaga gol mereka Amierul Hakimi bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Kedah.
Sejurus Mohd Farhan dimasukkan, Kedah tidak mensia-siakan peluang yang ada apabila sepakan beliau gagal ditepis Amierul untuk memberi kelebihan 1 gol kepada pasukan Kedah.