Home / Golf / #PGMTOUR – Nicholas juara Matchplay di Kinrara

#PGMTOUR – Nicholas juara Matchplay di Kinrara

BANDAR KINRARA 07 August 2016: Nicholas Fung pose with the trophy after winning the PGM I&P Group Matchplay Championship 2016 at Kinrara Golf Club, Bandar Kinrara, Selangor, Malaysia. Pix by Arep Kulal / PGM TOUR

BANDAR KINRARA 07 August 2016: Nicholas Fung pose with the trophy after winning the PGM I&P Group Matchplay Championship 2016 at Kinrara Golf Club, Bandar Kinrara, Selangor, Malaysia. Pix by Arep Kulal / PGM TOUR

BANDAR KINRARA – 07 August 2016 – Pemain golf negara, Nicholas Fung menebus kehampaan beliau kerana gagal beraksi di Sukan Olimpik apabila beraksi cemerlang dalam kejohanan golf PGM I&P Group Matchplay Championship di Kelab Golf Kinrara hari ini.

Nicholas Fung. Gambar oleh Arep Kulal © PGM TOUR

Nicholas Fung. Gambar oleh Arep Kulal © PGM TOUR

Nicholas 26 tahun yang menzahirkan kehampaan beliau kepada Sukan Malaysia pada bulan lalu, apabila gagal mengutip mata yang mencukupi untuk menjadi 2 pemain golf untuk mewakili negara ke temasya terbesar di Rio Brazil, ternyata menebuskan kehampaan tersebut dengan menewaskan Shaifubari Muda di lubang ke 17 untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,600 berserta trofi.

Ternyata pengalaman beraksi di Jelajah Asia meletakkan beliau dalam kelas tersendiri apabila beliau mudah melepasi pusingan awal dengan menewaskan S Tamilchelvan 5-3, Farid Rashid di pusingan kedua dengan 7-5, Irfan Yusoff di pusingan ketiga dengan 5-3, Shariffuddin Ariffin di suku akhir dengan 2-1, dan S Sivachandran di separuh akhir dengan 5-4.

Shaifubari Muda yang kali terakhir memenangi kejohanan golf jelajah PGM pada tahun 2012, ternyata gagal memberi saingan kepada Nicholas apabila berada 5 mata di belakang selepas melepasi 9lubang pertama namun cuba bangkit di lubang ke 10,11 dan 12 sebelum Nicholas menamatkan permainan di lubang ke 17.

Kejayaan di Kinrara juga merupakan kejuaraan ke 15 Nicholas dalam Jelajah PGM dan beliau ternyata ghairah untuk terus mengumpul trofi kejayaan.

Sementara itu dalam perlawanan penentuan tempat 3-4, R Nachimuthu menewaskan S Sivachandran 2-1 untuk membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM11,600.