Home / Golf / #PGMTour – Keyser juara PGM MNRB Sarawak

#PGMTour – Keyser juara PGM MNRB Sarawak

Mathiam Keyser bergambar dengan trofi dan cek yang dimenanginya apabila menjuarai Kejohanan Golf PGM MNRB Sarawak. Gambar oleh Arep Kulal © PGM TOUR

Mathiam Keyser bergambar dengan trofi dan cek yang dimenanginya apabila menjuarai Kejohanan Golf PGM MNRB Sarawak. Gambar oleh Arep Kulal © PGM TOUR

KUCHING, 20 Ogos 2016 : Pemain golf dari South Africa, Mathiam Keyser muncul juara Kejohanan Golf PGM MNRB Sarawak yang berlangsung dari 18 hingga 20 Ogos 2016 di Kelab Golf Sarawak, Kuching.

Keyser, 29tahun, bermain cemerlang pada pusingan terakhir apabila berjaya mencatatkan 70 pukulan dan mengumpul catatan keseluruhan 280pukulan, 8 dibawah par untuk membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai berjumlah RM35’000,00.

Ini merupakan kejuaraan pertama Keyser dalam kejohanan yang dianjurkan bersama oleh Jelajah PGM dan Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Pemain golf Singapura, Quincy Quek ditempat kedua apabila melakukan catatan keseluruhan 281 pukulan, 7 dibawah par manakala pemain muda Thailand, Nirun Sae-Ueng berada di tempat ketiga dengan catatan 282pukulan, 6 dibawah par.

Kejohanan Golf PGM MNRB Sarawak, merupakan kejohanan di dalam kalendar Jelajah PGM dan Jelajah Pembangunan MNRB. Ini merupakan tahun keempat, MNRB menjadi penaja utama untuk kejohanan di Sarawak.