Home / Bola Sepak / PFAM SAHKAN TUNGGAKAN GAJI MELIBATKAN PEMAIN KEDAH

PFAM SAHKAN TUNGGAKAN GAJI MELIBATKAN PEMAIN KEDAH

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan ada menerima laporan tunggakan gaji dari pemain yang mewakili Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Walaupun tidak menghuraikan maklumat secara terperinci, presiden PFAM Safee Sali berharap agar KFA segera mencari jalan penyelesaian terbaik ketika pemain seperti pekerja yang menagih hak mereka demi kelangsungan hidup sepanjang perintah kawalan pergerakan ini (PKP).

Ketika pandemik Covid-19 menuju kearah perkembangan lebih baik, landskap bola sepak negara masih ditakuk lama apabila isu tunggakan gaji masih menjadi jadi tanpa kesudahan.

” Saya mengesahkan kami mendapat laporan ada pasukan elit yang tidak mampu dan gagal menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pemain. Kami tidak menjangka perkara seperti ini berlaku apabila kita masih dalam proses memantapkan liga dan pasukan “, ujar Safee Sali.

Segalanya bermula menerusi pendedahan yang dibuat pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Johor Southern Tiger.

Menurut beliau Kedah dikatakan antara empat pasukan yang berdepan isu tunggakan gaji selain Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang.

Safee mengakui PFAM jelas terkejut dengan berita ini sambil berharapa perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dalam tempuh terdekat.