Home / Bola Sepak / PFA hilang empat penaja

PFA hilang empat penaja

Persatuan Bola Sepak Perlis sahkan empat penaja tarik diri susulan masalah tunggakan gaji yang melanda persatuan itu.

Presidennya Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie sedia bertemu dengan kumpulan pemain berkenaan bagi menyelesaikan segala kemelut dan bukan hanya berbalas kenyataan di media.

Dengan tekanan yang semakin kuat beliau turut nyatakan kesediaan untuk lepaskan jawatan jika ada individu yang betul-betul berminat menggantikannya.