Home / Lain - Lain / PESAKA GESA PESILAT TIDAK TERLALU YAKIN DAN SELESA

PESAKA GESA PESILAT TIDAK TERLALU YAKIN DAN SELESA

Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) menegaskan tiada jaminan barisan atlet yang terpilih ke Kejohanan Dunia 2020 terus kekal susulan penundaan tarikh penganjuran kejohanan itu.

Apa yang lebih penting semua pesilat haruslah lebih fokus dengan latihan yang diberikan walaupun kejohanan yang sepatutnya berlangsung 21 hingga 27 Julai di Kuching namun terpaksa ditukar dari 7 hingga 13 Disember ekoran penularan Covid-19.

Menurut Datuk Megat Zulkarnain Omardin selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran berkata PESAKA akan memantau prestasi pasukan dari masa ke semasa dengan modul latihan diberikan semasa perintah kawalan pergerakan berlangsung.

Beliau tidak menolak kemungkinan satu sesi pemilihan khas bakal diadakan sebelum kejohanan. Dalam edisi lalu di Singapura kem kebangsaan berjaya meraih 3 pingat emas