Home / Lain - Lain / Persatuan Sukan Kebangsaan dituntut hormati dasar luar Malaysia

Persatuan Sukan Kebangsaan dituntut hormati dasar luar Malaysia

Persatuan Sukan Kebangsaan atau penganjur perlu hormat pendirian Kerajaan Malaysia terhadap Israel apabila tawarkan diri atau buat bidaan untuk menjadi tuan rumah sukan bertaraf dunia.

Menteri Belia dan Sukan menegaskan kerajaan kekal dengan pendirian tidak akan berkompromi tentang isu Palestine.

Syed Saddiq Abd Rahman berkata ia bukan bermakna kerajaan campur tangan dalam sukan tetapi ia adalah soal perikemanusiaan.

Beliau mengupas keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa menarik balik hak Malaysia sebagai penganjur Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Kuching Julai depan.

Keputusan itu dibuat selepas Malaysia tidak membenarkan penyertaan atlet dari Israel.

Sementera itu kontinjen negara tidak akan memulaukan kejohanan tersebut walaupun Malaysia tidak lagi menjadi penganjur.

Pengarah Bahagian Paralimpik ISN Mohd Safrushahar Yusoff memberi jaminan bahawa atlet negara bersedia menyertai kejohanan itu tidak kira dimanapun ia akan dianjurkan selepas ini.