Home / Lain - Lain / PERSATUAN RENANG MALAYSIA (MS) BUAT JULUNG KALI AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN TERJUN ANTARABANGSA SECARA MAYA

PERSATUAN RENANG MALAYSIA (MS) BUAT JULUNG KALI AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN TERJUN ANTARABANGSA SECARA MAYA

Persatuan Renang Malaysia (MS) buat julung kalinya akan menganjurkan kejohanan terjun antarabangsa secara maya pada 5-6 Disember ini.

Ia adalah sebagai langkah proaktif bagi memastikan skuad terjun negara kekal kompetitif.

Setiausaha Agungnya Mae Che berkata kejohanan itu juga memastikan atlet terjun negara kembali merasai suasana pertandingan selepas sekian lama tidak bertanding.

Penganjuran kejohanan secara maya ini juga merupakan pentas terbaik buat skuad terjun negara mengukur keupayaan selepas tidak menyertai pertandingan tahun ini ekoran pandemik Covid-19.

Kejohanan ini akan disertai oleh lima negara termasuk Malaysia selaku tuan rumah selain Singapura, Jepun, Australia dan New Zealand.

Kejohanan ini turut mempertandingkan acara sukan Olimpik dengan hanya acara 3 meter dengan 10 meter bagi platform individu dan seirama namun tetap melibatkan penyertaan atlet terjun lelaki dan wanita.

Setiap negara peserta akan diwakili oleh seorang juri penilaian dan mata penilaian akan diberikan oleh juri yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Setiap penerjun akan membuat terjunan di venue mereka seterusnya juri akan memberi markah masing-masing selepas itu.

Menurutnya lagi lebih banyak kejohanan simulasi bakal diadakan selepas ini untuk skuad negara.