Home / Lain - Lain / Persatuan Karate Malaysia akur

Persatuan Karate Malaysia akur

Persatuan Karate Malaysia setuju menghantar jaguh karate kebangsaan Syakila Salni Jefri Krisnan ke Belanda selama tiga bulan untuk berlatih.

Syakila yang dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan jurulatih baru akan ke Amsterdam bulan depan dan bakal sertai beberapa kejohanan bagi memburu mata kelayakan ke Olimpik 2020 Tokyo.

Mesyuarat khas itu turut bercadang menghantar tiga lagi atlet termasuk pemenang pingat gangsa Sukan Asia Prem Kumar.


Jurulatih skuad karate negara, Ali Reza Souleymani, enggan dikaitkan dengan Syakilla Salni Jefry Krishnan buat masa ini tatkala atlet karate itu bakal mendapatkan program latihan sendiri di Amsterdam, Belanda.

Ini bermakna dia tidak akan mendapat tunjuk ajar Ali Reza dalam masa terdekat selepas mencetuskan sensasi tidak hadir mengikuti sesi latihan selama tiga minggu atas alasan tidak dapat menyesuaikan diri di bawah bimbingan jurulatih baru itu selain komitmen pelajaran. 


Andai memerlukan pertolongan, Ali Reza bersikap terbuka untuk menghulurkan bantuan dan berharap dia diberikan ruang untuk fokus kepada atlet sedia ada dan mengharapkan hasil yang terbaik daripada Syakilla yang dalam misi mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.