Home / Lain - Lain / PERLANTIKAN PESURUHJAYA SUKAN (PJS) YANG BAHARU KBS

PERLANTIKAN PESURUHJAYA SUKAN (PJS) YANG BAHARU KBS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) memaklumkan perlantikan Encik Ibrahim bin Mohd Yusof sebagai Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baharu berkuatkuasa pada 21 Disember 2020 hingga 20 Disember 2022.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Pengurusan Maklumat dan Sarjana Muda Statistik dari UiTM mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan khasnya dalam perancangan dasar dan pembangunan sukan.

Beliau telah memulakan karier dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997 dan telah memegang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan.

Beliau yang pernah berkhidmat di KBS dengan jawatan terakhirnya sebagai Setiausaha Bahagian (Dasar dan Perancangan Strategik) telah terlibat secara langsung dengan Akta Pembangunan Sukan (Pindaan) 2017 Akta A 1570).

Disamping itu beliau turut terlibat dalam penggubalan polisi sukan termasuk penyediaan Pelan Strategik KBS dan Kertas Strategik KBS bagi Rancangan Malaysia ke-12.

KBS yakin dan percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau akan dapat memperkasakan tadbir urus Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPJS) dan seterusnya memacu kecemerlangan dalam pembangunan sukan negara.

KBS juga berharap agar semua persatuan sukan dapat memberikan kerjasama penuh kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai PJS.