Perak akan bertemu wakil Korea Selatan pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL)
The Bos Gaurus layak selepas singkirkan wakil Hong Kong Kitchee SC 6-5 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 tamat sepenuh masa perlawanan.
Dalam perlawanan di laman sendiri, pasukan tuan rumah menguasai babak awal permainan dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14 apabila Wander Luiz menyempurnakan hantaran daripada Gilmar.
Begitupun pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 apabila pemain pertahanan, Li Ngai Hoi menyudahkan hantaran rakan sepasukan.
Pemenang bagi perlawanan ini ditentukan menerusi penentuan penalti yang menyaksikan Perak muncul pemenang dengan keputusan 6-5.