Home / Bola Sepak / PENUNDAAN TARIKH KEJUARAAN AFF SUZUKI 2020 BERI KELEGAAN KEPADA HARIMAU MALAYA

PENUNDAAN TARIKH KEJUARAAN AFF SUZUKI 2020 BERI KELEGAAN KEPADA HARIMAU MALAYA

Keputusan anjakan Kejuaraan AFF Suzuki dari April ke bulan Disember 2021 nyata memberikan kelegaan kepada pasukan kebangsaan.

Ini kerana tarikh asal yang dirancang iaitu April dan Mei 2021 adalah bertembung dengan saingan Liga Malaysia dan juga bulan Ramadhan.

Ini sekaligus dapat mengelak barisan Harimau Malaya mengharungi jadual padat selain boleh memberi tumpuan kepada sambungan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia sepenuhnya.

Sekiranya saingan Kejuaraan AFF Suzuki dilangsungkan mengikut jadual asal pada bulan April dan Mei 2021 ianya akan mendatangkan kesukaran kepada pasukan kebangsaan.

Justeru perubahan terbaru yang diumumkan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) sememangnya satu berita berita baik kepada Harimau Malaya dalam mengelak kekangan menyediakan barisan terbaik untuk memberikan cabaran.

Malaysia yang merupakan finalist edisi ke-18 hanya sekali menjulang trofi AFF iaitu pada 2010 selain tiga kali bergelar naib juara.

Keutamaan pasukan kebangsaan awal tahun 2021 sudah tentu sambungan pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia yang dijadualkan pada bulan Mac.

Malaysia akan bertemu Emeriah Arab Bersatu (UAE) di tempat kawan disusuli menanti kunjungan Vietnam di Bukit Jalil beberapa hari berselang sebelum penentuan terakhir kumpulan G menentang Thailand di Bangkok pada bulan Jun.

Sebagai permulaan pasukan kebangsaan ketika ini sedang berusaha memperoleh kebenaran untuk mengendalikan panggilan pusat yang dikendalikan jurulatih Tan Cheng Hoe Januari depan memandangkan tiada latihan dan perlawanan antarabangsa pada tahun ini akibat penularan Covid-19.