Home / Bola Sepak / PENSTRUKTURAN SEMULA LIGA M3 BAGI MEMPERSIAPKAN PASUKAN SEMI PRO BERMULA 2021

PENSTRUKTURAN SEMULA LIGA M3 BAGI MEMPERSIAPKAN PASUKAN SEMI PRO BERMULA 2021

Amateur Football League Malaysia (AFL) mengumumkan saingan Liga M3 bakal distrukturkan semula bermula musim ini sebagai langkah persediaan menyiapkan pasukan-pasukan amatur kepada semi pro bermula musim 2021.

Pengerusi AFL Datuk Mohd Yusoff Mahadi turut memaklumkan sebagai langkah pertama saingan Liga M musim ini akan disertai 20 pasukan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Ini bermakna bermula musim 2021 12 pasukan terbaik yang memiliki rekod kewangan stabil akan dibenarkan bertanding dalam Liga M3 sementara baki 8 lagi pasukan dan 4 pasukan terbaik dalam Liga M4 musim ini akan melengkapi jumlah 12 pasukan yang akan bersaing pada 2021 nanti.

Dalam pada itu AFL turut melakukan beberapa penambahbaikkan dengan mencadangkan 2 atau 4 slot pasukan dari Liga M3 untuk bertanding dalam Piala Cabaran.

Bagi memenuhi hasrat ini Liga AFL dan MFL akan diselaraskan bagi membolehkan pasukan Liga M3 bersaing dalam liga itu nanti.

Selain itu AFL turut menambah 2 lagi kuota pemain asing bermain dalam Liga M3.

Pemain asing itu mesti berumur diantara 18 hingga 20 tahun untuk membolehkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenalpasti pemain naturalisasi muda yang berbakat dalam skuad kebangsaan satu hari nanti.