Home / Bola Sepak / Pengalaman Pentas AFC

Pengalaman Pentas AFC

_SHA6188 - Copy

Pasukan yang pada mulanya tidak langsung diberikan harapan namun dengan semangat serta kegigihan yang tinggi dalam setiap pemain, mereka membuktikan dengan pelbagai cabaran serta halangan yang dihadapi tidak melunturkan semangat mereka untuk menggalas cabaran negara pada kejohanan ini.

Kejayaan mendapat tempat keempat buat kejohanan yang julung kali diadakan ini harus dipuji kerana pasukan yang hanya dibentuk bagi menyertai kejohanan ini serba kekurangan jika dibandingkan dengan negara seperti Iran, Jepun, Thailand, Uzbekistan dan Hong Kong yang mempunyai liga serta pengurusan futsal yang baik berbanding Malaysia.

_SHA6098

Kredit harus diberikan kepada barisan kejurulatihan serta pihak pengurusan yang berjaya mencapai sasaran mereka iaitu melayakkan diri ke saingan separuh akhir.

Pengurus negara, Normala Md Yusoff, jurulatih Chiew Chun Yong yang dibantu Jamhuri Zainuddin serta Tani Rosekelly mempunyai sebab untuk berbangga dengan kejayaan ini walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki berkenaan corak permainan skuad negara. Diharapkan dengan pencapaian di Kejohanan AFC Futsal Wanita 2015 ini dapat membuka mata banyak pihak untuk lebih mengambil serius terhadap pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai Malaysia “Tigirls” ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*