Menjelang perlumbaan terakhir saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, 15 dan 16 Disember ini, satu berita baik buat remaja-remaja berbakat yang berminat untuk menceburi bidang perlumbaan secara profesional, apabila pendaftaran bagi sesi pemilihan pelumba Kategori Satu Pengeluar (OMR) bagi musim 2019 kini telah dibuka.
Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan yang dianjurkan bersama-sama pengeluar, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ini terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba-pelumba tempatan berbakat di peringkat pembangunan.
“Sebanyak 60 slot pelumba kategori ini tersedia untuk musim 2019 dengan pertambahan 20 slot perlumbaan kedua yang dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
