Home / Lain - Lain / PENANGGUHAN SUKAN OLIMPIK TOKYO BERI PELUANG SEMUA ATLET BAIKI PENCAPAIAN

PENANGGUHAN SUKAN OLIMPIK TOKYO BERI PELUANG SEMUA ATLET BAIKI PENCAPAIAN

Penundaan temasya Sukan Olimpik Tokyo selama setahun bermakna badan-badan sukan negara perlu menilai semula proses pencarian emas pertama Olimpik agar ia tetap kekal di landasan tepat.

Terutamanya pendekatan teknologi sains sukan bagi membolehkan atlet-atlet negara dapat kekal dalam berdaya saing di tahap tertinggi pada Julai 2021 kelak.

Lanjutan penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 membawa kepada pertambahan dari segi umur atlet-atlet bertanding.

Bagi Ketua Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli walaupun mengakui ia sedikit memberi kesan ia bagaimanapun tidak menghalang atlet-atlet untuk mengekalkan prestasi menjelang tarikh baharu tahun depan hasil pendekatan teknologi sains sukan yang teratur.

Lapan atlet akan berusia 31 tahun dan keatas tahun depan merangkumi empat jenis sukan iaitu berbasikal, terjun, badminton dan memanah.

Mengikut senarai 11 atlet negara yang sudah menempah tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo atlet terjun Leong Mun Yee dilihat sebagai atlet yang paling berusia yang akan berumur 37 tahun pada tahun depan.

Namun dengan kesungguhan yang ditunjukkan diserta dengan prestasi keseluruhan cemerlang rakan penenjun Pandelela Rinong Faedzal yakin Mun Yee akan tampil dengan aksi terbaik.

Dan yang pasti menjadi tumpuan nanti pakar pecut pasukan negara Azizulhasni yang akan menjangkau usia 33 tahun pada 2021.

Bagai manapun dengan sasaran Azizul untuk turut beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, keyakinan tinggi disuarakan faktor umur bukan penghalang.