Home / Lain - Lain / Peluang Khairul Hafiz di tangan MOM

Peluang Khairul Hafiz di tangan MOM

Peluang jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan untuk layak ke temasya Sukan SEA 2019 Filipina secara merit sememangnya sudah berakhir dan kini peluangnya untuk beraksi hanyalah menerusi kategori B dengan mendapat sokongan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM.

Bagi Majlis Sukan Negara (MSN) hanya KOAM lebih layak menilai kemampuan atlet mereka dalam misi mencapai sasaran pingat.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi tidak ada isu kalau Hafiz terlepas slot Sukan SEA. Jelasnya MOM memiliki kuasa penuh membuat keputusan sama ada mahu menghantar beliau menerusi kategori B

Nasib pelari dari Melaka itu akan ditentukan pada mesyuarat panel pemilihan dijadualkan berlangsung 19 Ogos ini.

Pada kejohanan olahraga tertutup KOAM yang berlangsung di Stadium MSN, Raja Pecut Asia Tenggara sekadar mencatat 10.71s untuk menduduki tempat kedua peringkat akhir acara 100m lelaki.

Untuk melayakkan diri secara merit Khairul Hafiz perlu mencatatkan masa yang lebih baik daripada 10.37s iaitu catatan yang dilakukan Jonathan Nyepa yang juga merupakan ranking ketiga terbaik Asia Tenggara.