Home / Lain - Lain / Pecutan emas Afiq di Kejohanan Olahraga Para Dunia GP Dubai

Pecutan emas Afiq di Kejohanan Olahraga Para Dunia GP Dubai

Afiq Ali Hanafiah raih emas acara pecut 100m lelaki kategori masalah penglihatan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia Grand Prix Dubai di UAE.

Ini kali pertama dalam sejarah yang menyaksikan pelari pecut Malaysia memenangi emas dalam acara berkenaan.

Afiq sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel 2018 dalam acara sama selain memenangi emas pada Sukan SEA Para Kuala Lumpur 2017.

Atlet berusia 25 tahun itu mengungguli acara T11/12 (masalah penglihatan) selepas membakar trek di Dubai Club Stadium dengan kepantasan 11.48 saat.

Walaupun masa itu masih belum cukup untuk mengatasi masa peribadi terbaiknya – 11.20s yang dicatat pada peringkat saringan di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Namun ia cukup untuk meninggalkan pelari pilihan dari Jepun, Shunya Yamaji yang memenangi perak dengan kelebihan 0.15s.

Pingat gangsa dimenangi pelari dari Sweden, Luis Goncalves dengan catatan masa 11.73s.