
Pasukan PDRM menjulang Piala Liga Premier di Stadium Selayang selepas disahkan sebagai Juara Liga Premier Malaysia 2014. Gambar oleh Arep Kulal
Selayang 24 Jun 2014: Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), muncul juara Liga Premier Malaysia 2014, apabila berjaya mengumpul 52 mata, setelah mengharungi 22 perlawanan liga. Walaupun tewas dalam perlawanan terakhir kepada pasukan Kedah, 2-3, PDRM tetap unggul apabila mendahului liga 5 mata dihadapan pasukan tempat kedua KL Felda United.